IKLAN

23 December 2012

KARIPAP

 Assalamualaikum...

Antara aktiviti Iera hari minggu yang lepas. Saja nak buat stok frozen sementara cuti sekolah yang akan berakhir tak lama lagi. Nanti sekolah dah buka, bolehlah sediakan untuk anak2 breakfast ke sekolah nanti. Sebenarnya iera dah lama nak try resepi doh karipap dari Tun Telani ni setelah melihat ramai dah mencubanya. Tapi disebabkan dah lama tak beli yang dah siap frozen, teringinlah pula mencuba bakat yang tak berapa ada ni. Pada mulanya iera guna acuan karipap je, main kapit je. Bila dah siap susun, ianya terbuka balik tapi tak semualah. (org ckp letak bancuhan tepung kat kulit tp malas nak letak). Kesudahannya iera kelim dgn tangan je walaupun tak berapa cantik. Janji ianya tertutup...


DOH KARIPAP



Bahan²  * Iera buat 2 adunan (lebih kurang 1kilo tepung)
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin _ ( Diana guna mentega )
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam


Cara² 
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair ( tak perlu didih ). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi ( *akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. ( jgn guna tangan, melecur nanti ).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.  
    ·  INTI UBI KENTANG

    Resipi Oleh ~ Ros @ Jintan Manis  

    Bahan²
    1 biji keledek saiz besar ( boleh diganti dengan kentang ) _ Diana guna ubi kentang
    1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam ) - ayam
    2 sudu besar udang kering
    2 sudu besar serbuk kari
    1 sudu besa cili kisar - tak letak
    Garam


    Cara²
     
    ·  Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blend udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. 
    ·  Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
    ·  Kemudian masukkan bahan yang di blend tadi dan kacau sebati.
    ·  Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air. Kacau selalu dan biarkan keledek empuk.
    ·  Sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
    ·  Bolehlah memulakan sesi membuat karipap.
Siap utk frozen
Photobucket

2 comments:

TeacherAzimah said...

Hr tu donut ni karipap plak bestnya!!!

fieda said...

alahai...rajin sungguh dia....bertuah badan..

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™