IKLAN

16 December 2012

Donut & Pau Kacang Merah Frozen

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.... 

Kalau hari minggu, mesti banyak perancangan nak buat. Hari sabtu, ada majlis konvo kat Taski Adam, lepas tu pergi cari beg & kasut sekolah adam. Sampai rumah dah petang so hari tu dapur memang tak berasap. Bila hari Ahad, banyak bendalah nak buat. Rasanya dari pagi hingga ke malam kerja tak siap2. 


Rupa yang tak berapa nak cantik tapi tetap gebu


Ini adalah antara aktiviti iera buat semalam. Saja nak buat stok banyak2 kat freezer. Maklumlah, kita kan baru beli freezer baru. Nak jadikan cerita, biasanya bila ira buat roti @ donut, ira main campak je dalam BM. Entah kenapa semalam, BM iera tak berfungsi. Yang geramnya, iera dah siap campak semuanya dalam BM tu. Aduh, macamana ni, satu kerja pula nak menguli. Nak tak nak, terpaksalah uli juga. Takkan nak campak dalam tong sampah pula. Kesudahannya rupa doh tu tak secantik yang diinginkan sebab tak larat nak uli lama2.


 DONUT (kak Rima)
sumber: kak Rima
copy from: kak Azlita 
CNP : Izah

*Resepi telah disunting ke separuh adunan * Iera buat dua adunan dr resepi asal

DONUT
250g tepung roti *ijah guna tepung gandum je
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur 
100 ml air

50g magerine / butter 
1 sudu kecil garam

cara:


Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
 Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

* goreng gunakan api paling kecil.
* Utk pau, iera guna inti kacang merah segera


Satu kilo dok menguli, siapalah tak penat
Photobucket

5 comments:

TeacherAzimah said...

Iera...rajinnya awak but frozen donut. Kagum jap. Sy bab2 masak ni sgt lemau.. x minat huhu.. emmm rasa nak order jer donut kat awak. Sbb kita mmg sukaaaaa mkn donut.

tun_telani said...

salam kak ira.. tun mmg fail kalau menguli tangan nih.. hihi.. jd kalau x guna BM tun akan uli guna mixer mata cangkuk. insyaAllah akan lembut dan gebu doh dia :)

fieda said...

mmg rajin la iera ni..

BELAJAR MASAK2 said...

Terbaek... Memey rajim

BELAJAR MASAK2 said...

Terbaek

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™