Assalamualaikum..
Dah lama benar dapur iera tak berasap, walaupun hati berkobar-kobar nak mencuba pelbagai resepi dari blog kawan2 tapi sejak akhir2 ni masa begitu terhad. Terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat, bila sampai rumah penat pulak melanda. Apakan daya............
Resepi ni dah lama tertangguh nak dicuba lagipun dah ramai yang mencubanya. Bila tengok tarikh cream cheese dah dekat nak luput, kita pun try le......
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi: kak Yatie
sumber: kak Anymzzz
CNP : izah
BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum
Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.
BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder
UNTUK KEK COKLAT IZAH GUNA RESEPI KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL di separuhkan- resepi tersebut tidak perlu dipukul menggunakan mixer, cuma adunan dicampur dan digaul. ( Belum try lagi ni...)
Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....
Nota kak Yatie: Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-)
4 comments:
Salam...good idea..lapiskan dengan krim cheese..bolehla akak cuba nanti
Salam, sapa eak? sorry ya dah terlupa lerrr blogger2 sejak bercuti berblogging dulu :D blog apa eak dulu2nyer :D
Pergh, sedapnya. Tertengok kek ni time lapar pulak hehehe.
ps: Jemput join giveaway mudah di blog saya ye :D
Ni yg tak tahanni.. terus mengidam tgk kek iera.. hehe..
Post a Comment