IKLAN

28 February 2012

Asam Pedas Ikan Pari

 Assalamualaikum....

Resepi Asal : Chef Hanieliza
Sumber : 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
500 gm ikan pari (dibersihkan)
10 biji bendi (tak letak ganti terung bulat)
1 biji tomato
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi, kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin
 

6 comments:

wan nurul hezrina said...

mcm family nurul ada 4 beradik.gurl semuanya.kalau masak mmg masak asam pedas kena belajar dulu.kalau tak geti msk asam pedas mama n abah bising=)

TeacherAzimah said...

salam perkenalan juga :-) wahhh iera masak ya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam iera.Menyelerakan.kak Ros dari sinaranmenu pon dah ikut sekapal ni.Nanti kak Ros jenguk lagi ya.

Zefa NorAsmara said...

Beberapa hari lepas, ibu yusuf pun masak asam pedas. Ada lg daun kesum dlm peti sejuk, boleh buat kali kedua ni.. :D

izahdaut said...

sedapnyaaa asam pedas. lama tak makan. nak raasa kuah2 pun jadi ler. hehe

Puan Kutu said...

nampak maca pajeri pulak.hehe..asam pedas ikan pari mmg sedap..:)

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™