Assalamualaikum dan selamat pagi..
Kali pertama dalam sejarah, iera masak resepi kambing. Boleh dikatakan iera ni suka juga makan kambing tapi masak memang tak pernah. Tiap kali berkursus dan bila ada menu kambing, waktulah iera dapat merasanya. Lebih2 lagi bila makan kambing bakar dgn sos blackpaper. Tapi bila hubby ckp nak beli, tak nak sebab tak reti nak masak. Malu nak cakap kambing ni iera dapat atas pemberian kakak ipar semasa korban raya hari tu. Dah berkurun dok dalam peti ais tu sebab puas dok fikir nak buat apa. Bila cari resepi kat google & taip "sup kambing' maka terhidanglah satu resepi yang tertera kat atas tu.Risau juga takut rasanya tak seberapa sebab pukul 5.00 pagi iera merenehnya. Tapi mujurlah hubby & anak2 cakap sedap maklumlah tak pernah buat sup macam ni. Biasanya asyik buat sup guna sup bunjut je......
Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi yang tidak asing lagi tapi iera ambil resepi ni dari blogresipi. Izinkan iera CNP resepi kat sini ye..
Sup Ekor Lembu Chef Wan
Bahan-bahan
- 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
- 500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2 – iera guna tulang kambing
- 2 sb ketumbar tumbuk
- 1 sb jntan putih
- 1 sb jintan manis
- 1 1/2 sb puri tomato
- 1.5 l / 6 cwn air
- 1 btg karot – didadu
- 2 btg saderi – didadu – tak letak
- 1 biji kentang – didadu
- garam
- lada hitam yg baru dikisar
- daun ketumbar – dihiris2
- bawang goreng – tak letak
Rempah Tumis
- 4 bj buah pelaga
- 1 cm kulit kayu manis
- 6 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
Dikisar Halus2:
- 10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 btg serai, dihiris2
- 1 cm halia
- Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
- Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
- Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
- Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
- Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
- Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang (tak sempat letak bawang goreng pasal tak sabau nak makan.hehe).
Catatan: Utk jimat masa, masak sup
ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan
menjadi 1l @ 4 cwn shj. – iera guna periuk
vision je tp api kecil