IKLAN

13 June 2013

Daging Masak Kicap

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua.. 

Sejak iera tak hantar anak-anak ke rumah transit, memang setiap pagi iera akan masak untuk dia orang makan tengahari sebelum ke sekolah agama. Jadi, setiap pagi memang kena bangun awal, kalau lewat memang tak sempat masak. Terpaksalah suruh HB belikan makanan. Mungkin sebab itu lah, iera dah tak de mood nak ambil gambar macam selalu untuk dikongsi. Mana taknya, mood memang tak de pagi-pagi....

Setiap kali masak tak delah berat2 sangat cuma yang simple-simple je.Cuma pening je dok memikirkan nak masak apa untuk dia orang setiap hari. Takut dia orang boring je.... Kadang2 tu. apa yang kita masak tu tak semuanya dia orang makan. Seorang tu suka lauk macam tu tapi seorang lagi tak suka pulak. Tu pasal asyik masak lauk lebih kurang sama je.

Resepi asal :JintanManis
Bahan-bahanye ( ikut keperluan isi rumah)

400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)- daging lembu
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Caranya

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

*Nota : Daging ni iera perap dengan kicap semalaman

  
Sosej goreng sos cili + sos tomato je...

Photobucket

2 comments:

tun_telani said...

Salam kak ira.. mmg tabik spring kat emak2 yg bangun pagi2 masak b4 gi kerja. teringat pula mama kat kampung.. sob sob.. *homesick*

Aty Fared said...

saye suker makan daging...:) lagi2 masak kicap atau black paper..

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™