IKLAN

26 June 2013

Teratak Cassia : Intech Kitchen

Salam Kembali..

Sebenarnya progress teratak cassia agak lambat sikit berjalan kerana kami tidak lakukan sekali gus. Lagipun kami tak delah terburu-buru untuk pindah dalam masa terdekat. Terapat banyak faktor2 semasa yang harus difikirkan sebelum berpindah. Kena fikirkan sekolah2 anak, pertukaran suami isteri dan kekangan budget dan macam2 lagi. Walau bagaimanapun, pencarian kabinet dapur tetap diteruskan. Ada juga iera hantar email untuk minta quotation dan ada juga survey2 showroom dekat2 sini & minta quotation.

Salah satunya iera singgah di Intech Kitchen kat Kajang. Iera dapat tahu company ni pun dari blog kawan2 juga. Oleh kerana ramai kawan2 memberi feedback yang positif lagilah iera teruja nak pergi. Matlamat asal hanyalah nak dapatkan quotation untuk melamine je berdasaarkan budget yang dibuat. Tapi bila pergi ke sana, macam2 jenis ada ( 3G & 4G ). Jadi tiba-tiba je hati ni dah mula berubah lagipun HB tak kisah je maklumlah kawasan dapur adalah milik iera...hihihihi.

jenis 4G


Jenis 4G Hitam Putih  (cantik giler ni)

Jenis Melamine

Kami minta quatation harga untuk ketiga2 material ni tapi rasanya iera dah jatuh hati betul dengan KC jenis 4G ni dan harganya memang berpatutan. Walau bagaimana pun, kami tak delah book terus dengan dia orang ni sebab kena balik berbincang dulu & kira balik budget asal yang telah dibuat. Lagipun kami juga minta quotation untuk wardrobe tapi harganya agak mahal sikit kerana kami bercadang untuk pasang wardrobe juga.



Photobucket

1 comment:

khairolanwar said...

Yuuppp...sedang bekerjasama

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™