aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari
walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari
aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu
Cuka TEka Lagu Siapa tu????
Assalamualaikum......
Kek yang sedang hangat dipasaran!!!!!! kalau dulu kek lapis pesona cheese berjaya menembusi pasaran, kini kek batik arora tidak kurang juga hebatnya. Siapa yang terpandang, pasti terkobar-kobar nak mencubanya. Termasuklah iera juga. Bahan-bahannya yang simple dan warnanya memikat kalbu pulak tu......
Iera buat dalam versi cupcake sebab tiap kali bakar kek sebiji asyik fail je. Kadang2 tu hangus, kadang2 tu tak masak tengah & macam2 lagi lah. Lagipun bakar mcm ni senang nak makan, tak yah nak potong2 lagi.
Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi kerana berkongsi resepi yang sedap ini.
KEK BATIK ARORA
By : Cida
By : Cida
CNP : Masam Manis
* Separuh dari resepi asal
250 g mentega
100 gram gula castor
1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
250 g tepung gandum
6 biji telur
2 sudu teh baking powder
5 jenis pewarna dan perisa (Blueberry, jagung, pandan & Oren)
1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan
Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk
Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna
8 comments:
Salam kak! hihihi... lagu tu tak tahu lagu sapa :D kalau lagu kpop boleh teka hihihi.. cantek kek akak! suke tgk belang2 pepel yg naikkan warna kek tu :D
mmg kuat betul virus kek ni.. bertubi2 org kene serangan aurora. hihi.. nmpk gaya tun kene gi beli perisa byk2 nih. kt umah ni ada pandan ngan vanilla je. haha..
salam iera...jelesnya negok org buat kek ni,umah atie ni klu anak2 xder kat umah mmg xberasap oben tu.Klu anak2 blk bercuti baru semangat nk membkr mcm2 ni.Klu setakat mkn berdua,k.atie beli jer :D
Nampak cantik & sedap CC batik tu!!
Tapi mana boleh lawan ika punya kan!!!!
Betul tu tun.... nak buat pun senang je
anak2 ira tak berapa suka sgt makan kek tp umminya je lebih2!!!
Salam Iera. Cupcake pun boleh jugek ya... Along suka rasa kek ni lemak2.
sweet je colour cupcake aorora...suka!
Post a Comment