IKLAN

04 December 2014

Kek Minyak Versi Pokadot Tersangatlah sedap!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua..

Antara kek yang sangat sedap dan mudah disediakan. Memang banyak kali dah buat tetapi akhirnya anak-anak dah jemu. Cuma umminya jer belu jemu lagi. Resepi kek minyak ni boleh buat dua versi samada suka bakar atau kukus. Boleh tengok SINI untuk versi bakar.Bagi iera, iera lebih suka bakar dari kukus


Tetapi jika nak buat versi pokadot ni, takleh nak bakar ye nanti tak nampak pokadotnya. Sekali tengok dah macam apam pokadot  cuma tak de inti jer tapi rasanya tetap macam kek minyak. Satu adunan dapat banyak biji juga, lebih kurang 100++ biji. Selalunya separuh tu iera bagi jiran sebab tak habis nak makan semua. Lagipun versi kukus ni tak berapa sedap simpan lama-lama. Paling lama pun dua hari jer...


Setakat ni adalah iera menerima beberapa kali tempahan kek minyak ni. Selalunya iera hanya terima order untuk versi ni jer. Tak berapa yakin nak terima dalam bentuk sebiji. Bukan apa, takut tak jadi. Maklumlah tak de kemahiran. Setakat nak makan sendiri bolehlah. Lagipun kalau buat versi ni budak-budak suka, kalau hidang kejap jer licin. 



RESEPI KEK MINYAK 
Original MyResipi 

Sumber : LiNa PgIzah

CNP       : Kak Yatie


Bahan-bahan ( 8x8inci)

5 biji telur gred A
 1/2 cawan gula halus / gula kastor
 2 cawan tepung gandum*
 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
 1 cawan minyak masak
·                     perasa dan pewarna kegemaran
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara 

1. Panaskan oven suhu 170'C
2.  Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3.  Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
8.Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9.  Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan




 Photobucket

3 comments:

TeacherAzimah said...

amboi gebuuusssss adeh bila kita nak rajin memasak ni huwwaaaaaa

kehidupan sihat said...

nice ye colour dia..

kalau nana memang suka warna-warni ni,hihi

salam perkenalan kak

jemput ke blog nana :)

miranadia said...

eh comelnya. nampak macam apam polkadot. nanti boleh try

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™