IKLAN

09 December 2014

Kueh Bakar Chef Hanieliza's

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua...

Malam tadi dok belek-belek buku masakan Chef Hanieliza sambil menonton drama korea di tv9, terfikir-fikir nak makan kuih apa breakfast pagi esok. Nak meroti malam-malam  rasa malas pulak.  Cubalah tengok kot-kot ada resepi yang mudah nak disediakan yang tidak memerlukan bahan yang banyak dan yang penting stok bahan memang dah tersedia kat dapur.



Terpandang resepi kuih bakar kat buku tu. Terus terlintas nak buat sebab tengok bahan-bahan mudah jer. Tidak perlu keluarkan mixer atau blender cuma gaul jer. Jadi, pagi ni kita orang layan kuih bakar jerlah...

 KUEH BAKAR

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (2 kotak santan)
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend] (air+pes pandan)
1 cawan gula pasir 
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau (tak letak)
Bijan goreng tanpa minyak (bijan hitam)

Cara 
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan


Photobucket

5 comments:

Gee® said...

Terima kasih sudi singgah dapor k.gee... sedapnya kuih bakar tu... terlior ai!!

Yana Shaiful said...

sedapp..suka kuih bakar pandan.. rsnya resepi kak liza ni lum pnh try g..simpan lu resepi..ada kerajinan bleh try ^__^

cheq da said...

Sedapnya

LYAfrina said...

wah..mmg nmpk sedap ni

Ayu said...

Kuih bakar ni memang sedap...dah lama tak buaat kuih bakar....

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™