IKLAN

03 December 2014

Mula Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Assalamualaikum..

Sebelum ini nak mencari tudung untuk my princess Affaf  susah sangat. Selalu juga pergi cuci-cuci mata kat Jalan TAR yang dibanjiri berbagai-bagai jenis fesyen tudung. Tapi untuk mencari yang benar-benar berkenan di hati memang susah. Ada juga pernah beli tetapi bila dipakai  tak selesa katanya. Iera tengok pun macam tak puas hati..

Akhirnya pencarian tudung untuk my princess Affaf berakhir juga iaitu hijab keluaran Pretty Princess Zara. Iera pernah cerita kat SINI dulu. Memang selesa & senang di jaga. Lagi pun nak pakai pun senang. Tak perlu pertolongan umminya pun untuk memakainya. 

Oleh kerana my princess suka sangat tudung ni, iera mula berjinak-jinak untuk bisnes ini. Itu pun hanya buat dropship jer. Walaupun komisen dropship tak banyak tetapi seronok sangat bisnes ni. Alhamdulillah, sambutan amat baik sekali.  Tapi itu lah, kalau buat dropship memang tak puas hati sebab stok tak ada kat tangan. Bila customer bertanya stok tudung, mesti lewat reply sebab kena tunggu reply dari tuan punya butik dulu. 

BAgi iera, maklumbalas yang cepat adalah penting kerana kebiasanya customer ingin mengetahuinya segera. Kalau lewat sangat kita reply, customer menganggap kita tidak serius. Lagipun iera pun selalu shopping online dan ada perasaan sebegitu. Oleh kerana sambutannya baik dan amat menyeronokkan, iera mula memberanikan diri untuk mengeluarkan modal untuk membeli secara borong. Sekarang puas hati kerana bila customer tanya pasal stok, cepat jer kita reply...





Comel Kan!!!!

Jika berminat bolehlah whatsapp atau pm untuk bertanyakan warna & saiz yang ada

Whatsapp 0122892808

PM Facebook : Ameerah Affaf


Photobucket

7 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

comelnye tudung nie

Acik Erna said...

coeml model tudung..tudung pun cantik

cheq da said...

Comelnya tudung bb

LYAfrina said...

xpelah dropship pon..sikit2 hasilnya, lama2 jd bukit jugak..

tgk tudung ni mmg cantik je bentuk n terletak..

Ayu said...

Assalam iera,
Lama tak dengar cerita...tak salah akak iera Dulu Ada blog ..ummiaffaf kot under Nama wanieyra...sebab apa tau..akak macam cam anak iera kat profile pic tu...

Oh cantik2 tudung yg iera jual tu..cute betul...akak follow blog iera ya...;)

Diyana Zdin said...

comeynyaa..!! kain material apa ye??

My Blog
ASDY Dimension.blogspot.com

TeacherAzimah said...

i takde anak gegel huwwwaaaaa.....
seriously cantik sgt tudung comel ni

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™