IKLAN

05 March 2012

Kek Gula Hangus (Kak Anim)


Assalamualaikum........

Masa kecil-kecil dulu, kakak  Iera kerap buat kek ni tiap kali nak raya. Mungkin kek ni senang kot tapi masa tu kita ni manalah tahu cuma pandai reti makan je. Nak jenguk dapur jauh sekali waktu tu. Rupanya bila dah beranak pinak ni, dapurlah tempat yang selalu kita kena jejaki.

Buat kek ni kejap je lesap, tak sempat simpan untuk esok pun. Lagi pun hubby ira memang suka kek macam ni jika dibandingkan kek2 yang biasa ira buat. Lagipun rasanya tak de muak sangat. Terima kasih buat Kak Anim & Izah kerana berkongsi resepi yang sedap ini. 

KEK GULA HANGUS
sumber: kak Anim
resepi: kak Ana (kawan kak Anim)

*Izah gunakan sukatan cawan mcm kak Anim – cawan

Bahan2

1 gelas gula
1 gelas air

*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air.hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air

3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin *izah guna butter – Iera pun
2 sk soda bikarbonat

Cara

Alas acuan dengan kertas
Lenser acuan dengan margerin-ketepikan
Pukul margerin dengan telur hingga sebati
Masukkan susu dan masukkan gula hangus tadi
Akhir sekali masukkan tepung dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam

1 comment:

izahdaut said...

wah..cantik sarangnya tu... betul tu. dulu2 kita suke makan je. tak terdetik nak belajar buat. rupanya2 setinggi mana bealjor, brapa tigkat bangunan kita pernah kroje, dapur lah tempat yang wajib dituju kan.. especially dah kawin n dah beranak.. ;-)

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™