IKLAN

14 March 2012

Puding Kasih Bertaut


Assalamualaikum....

Semalam Iera tercari-cari menu untuk dessert sebab hari ni kat ofis kita ada buat makan-makan sikit. Saja nak meraikan pelajar praktikal yang akan tamat esok. Sebelum ni kita orang dah belanja dia makan kat luar tapi kali ni buat kat ofis pulak. Tiap kali singgah kat Dapur Kak Nor, macam2 resepi dessert yang ada. Kelabu mata dibuatnya. Sebenarnya dah lama terpaut nak buat puding ni tapi hari ni baru sampai seru. Maklumlah, kat rumah tu budak2 tak suka sangat puding macam ni melainkan dadih. Jadi hari ni Iera ambillah peluang ni untuk mencubanya. Tapi puding ni agak gelap sikit sebab gula melaka yang kita guna tu agak hitam rupanya.  

 
PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
K.Nor buat:
Yg berwarna pink k.nor letak paste strawberi
Yg berwarna oren, letak paste pandan
Yg purple, letak paste blueberi

Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.


Photobucket

2 comments:

izahdaut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ibh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™