IKLAN

14 March 2012

Muffin Pandan Berinti Filling Strawberry


Assalamualaikum...

Semalam Iera cuti sebab anak-anak kurang sihat. Bila dok rumah mulalah gatal tangan nak geladah dapur teman-teman. Dalam kepala ni dok terbayang muffin je. Maklumlah, yang tu je senang nak godek. Mudah & simple cuma Iera tambah  filling strawberry je. Terima kasih ye Kak Nor kerana kongsi resepi yang simple ni.

MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Photobucket

3 comments:

izahdaut said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nieza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tun_telani said...
This comment has been removed by a blog administrator.
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™