IKLAN

29 July 2013

Dadih Keladi


Salam kembali..

Sepanjang bulan puasa ni, iera masih belum berkesempatan lagi nak ke pasar ramadhan. Rasanya elok juga tak gi situ, dapatlah juga melawan nafsu beli itu & ini. Okeylah, berbalik cerita gambar dadih kat bawah ni, iera buat ni saja nak menambahkan stok dalam peti ais. Maklumlah, tiap kali affaf balik taski asyik bising je tak ada apa2 ke affaf nak makan, asyik kata affaf lapar je. Lebih2 lagi waktu cuti, asyik buka tutup je peti ais tu.





Photobucket

Teratak Cassia : Cerita Wiring & Lampu Pilihan

Salam..

Bercerita pasal teratak cassia, progress wiring satu rumah telah pun siap sebelum bulan puasa hari tu. Kalau nak bercerita pasal kos wiring rumah kita orang memang melebihi budget yang telah ditetapkan. Macam mana tak melebihi budget, iera rasa agak banyak juga kita orang tambah point untuk plug & lampu dan kena crack dinding pulak tu atau memang pemaju tu bagi sikit ?

Lagi satu, orang wiring ni memang pandai bodek rupanya, yalah kami ni bukannya ada pengalaman bab2 macam ni. Dia siap cakap, akak tak nak buat plug kat sini nanti senang nak guna, kalau akak letak lampu kat sini mesti cantik. dan macam2 lagilah. Kesudahannya melepasi budget kita orang....



Antara pilihan husband...



Iera bercadang nak letak Kufi Art kat sini.....





Pasang kat family hall....


Wiring & Pemasangan :
Company : Security S1 First
Contact Person : En Helmi - 0122325796
Lokasi : Selangor


Photobucket

28 July 2013

Koleksi Fridge Magnet lagi

Antara yang terbaru


Baru je dapat...

Photobucket

24 July 2013

Tudung Baru Affaf Dari Pretty Princess Zara

Salam Kembali...

Bulan puasa ni, iera memang malas nak keluar jalan-jalan waktu rehat. Lagipun masa rehat hanya setengah jam je, nak jalan2 kat jalan TAR pun memang tak sempat. Kalau pergi jalan TAR, semua benda ada cuma kena rajin jalan je. Hajat di hati nak cari tudung untuk Affaf tapi masa terlalu singkat sangat, so trylah cari kat FB pulak. Manalah tahu kot2 ada yang berkenan & sesuai untuk Affaf. Takkan asyik beli tudung ummi ke kat FB...hehehehe


Masa dok cari2 terjumpalah  FB Pretty Princess Zara  yang jual tudung & baju untuk kanak-kanak. Bila tengok model2 kat situ pakai, macam cantik je tudungnya dan feedback daripada customer pun semuanya cakap puashati. So apa lagi, iera pun order jelah.



Tudung yang iera order kat FB Pretty Princess dah pun semalam. Bila buka bungkusannya, dalam hati dah agak mesti tudung ni cantik sebab tengok bungkusannya pun dah tahu. Iera tak kisah sangat harganya, asalkan berkualiti dan puas hati. Lagipun harganya memang berpatutan dan sepadan dengan kualitinya. Jadi kepada sesiapa yang mencari tudung untuk anak2 perempuan, silalah singgah kat FB Prentty Princess. Yang pasti anda semua tidak akan kecewa...


Siap dapat gift lagi... sticker & sampul duit (cantik sgt...TQ)


Bila ambil affaf dari taski semalam, iera pun tunjuklah kat dia masa dalam kereta. Apa lagi, memang tak sabarlah memakainya. Lebih2 lagi ada warna pink. Waktu ni dalam perjalanan nak gi rumah maknya, sajalah ni nak tunjuk kat maknya....nak cakap kat mak ada tudung barulah tu


Pagi ni nak pergi sekolah pun nak pakai tudung baru lagi tapi tak bolehlah letak riben ye nanti apa pula cikgu taski cakap.... pakai tudung raya pulak.
Photobucket

Cucur Udang Ranggup II


Salam pagi buat semua..

Sana sini semua dok kata cucur udang dari Blog delimazamrud ranggup dan sedap. Kalau dah ramai yang memuji, mestilah kena mencubanya. Lagipun penyediaannya sangat mudah, yang penting kena ada udang kertas. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi dan Mas Duniaku  kerana sudi kongsi resepi yang ranggup ini. Minta izin CNP resepi kat sini ye..

Cucur Udang Rangup2 
Resepi : Delima Zamrud 
sumber : Mas Duniaku

Bahan :
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati  sampai tepung menyaluti semua bahan2 .
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINIjangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar. 
Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.



Photobucket

23 July 2013

Puding Roti Seri Kaya YEO'S



Salam buat semua...

Ini adalah salah satu resepi yang ditunjukkan oleh Chef Anuar masa iera join demonstrasi  hari tu. Selalunya kalau buat puding roti kita selalunya guna susu cair je tapi kali ni mungkin chef tu tukar guna susu soya hitam pulak. Yelah, nama lagi demonstrasi anjuran YEO'S, kenalah guna jenama dia orang. Memang sedap puding roti ni tu pasal iera balik try buat kat rumah pulak. Lagi pun nak buat senang je.....




Puding Roti Seri Kaya YEO’s
Resepi : Chef Annuar

Bahan-bahan:
½ buku                 Roti sandwich (dipotong dua)
100 gm                  Gula kastor
5 biji                       Telur
500 ml                   YEO’S Susu Soya Hitam
50 gm                    YEO’S Seri Kaya
80 gm                    Kismis
100 gm                  Mentega cair

Cara-Cara:
-       - Kacau gula, telur dan Kaya sehingga sebati
-       - Masukkan YEO’S Susu Soya Hitam. Kacau rata, ketepikan
-       - Sapu mentega pada dasar Loyang empat segi bersaiz 6”x6”x2”. Susun roti didalamnya.
-       - Sapukan mentega cair ke atas roti & tabor sedikit kismis.
-       - Curahkan adunan YEO’S Susu Soya Hitam menutupi roti dan biarkan is serap seketika
-       - Bakar ke dalam oven dengan teknik double boiler dengan suhu 170’c selama 30 minit atau sehingga masak




Sedap dimakan waktu sejuk...


Ini lah rupa susu soya hitam yeo's tu... selama ni mati2 iera ingat soya ni warna hitam
Photobucket

22 July 2013

Demonstrasi Masakan Bersama Chef Anuar


Salam kembali...

Demonstrasi Masakan bersama Chef Anuar dah lama ira join iaitu sebelum bulan puasa hari tu.Demonstrasi ni diadakan di Saloma Bistro. Iera memang dah lama teringin nak join demo. Bila tengok tempat yang diadakan dekat je, so mana boleh lepaskan peluang kan!


Bukan demo masakan saja yang diadakan pada hari tu, pertandingan masakan & penyampaian hadiah kepada pemenang pencipta resepi anjuran majalah jelita  juga turut diadakan. Sesiapa pelanggan setia majalah Jelita mesti tahu anjuran YEO'S & Majalah Jelita ni. Iera tahu demo masakan ni pun melalui Majalah Anjung Seri je.Kalau tahu, iera pun akan hantar resepi gak, manalah tahu ada rezeki kan...

Antara 10 orang pemenang saguhati....dapat hamper YEO'S  RM150

Bersama juara pencipta resepi.... RM1000 akak ni dapat tau!

Buah tangan yang iera dapat hari tu...
Photobucket

21 July 2013

Kerabu Epal

Assalamualaikum.. 

 Kerabu yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Malah boleh menambahkan selera waktu berbuka. Terima kasih kepada Kak Hanieliza dan Kak Nor kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini.




KERABU EPAL HIJAU

resipi : K.Hanieliza



Bahan:
2 bj epal hijau
1/2 btg lobak merah
2 bj cili merah
2 bj cili hijau
1 kuntum bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
1 bj lemon (diambil jusnya)
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa



Bahan:
Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.




Photobucket

Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua... 

Harap tak de sesiapa yang marah ye sebab pagi-pagi dah tayang ayam percik kat sini. Ini adalah menu berbuka puasa semalam dan merangkap menu bersahur sekali. Rasanya dah lama benar tak buat menu macam ni. Anak-anak pun ada cakap, ummi masak ni bulan puasa je, kalau tak puasa ummi tak buat pun...hehehe.



Sedap weh, masuk bakul anggkat sendiri! anak-anak & husband puji macam mana tak terangkat.... kalau nak tahu satu ketul besar ni, habis licin dimakan oleh Adam & Affaf  sampai tambah nasi 3 kali. Tak pernah2 tambah macam ni. Selalunya dua orang ni, ayam seketul kecil pun susah nak habis inikan pulak ayam seekor belah 4. Nampaknya sedap benar kot ummi ni masak.... Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi yang iera cedok dari blog Azie Kitchen. Tiap kali teringin nak masak masakan kelantan, iera memang suka singgah kat blog kak Azie kerana banyak menu kelantan kat blognya.  Minta izin CNP resepi kak ni ye.....

Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam – potong 4 * 3 ketul

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat *santan segera RM3.00
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang halia
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas * 1 sudu cili giling je
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara-Caranya:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Kerja mudah.... bakar je dalam pemanggang ajaib
Photobucket

18 July 2013

Realisasikan ImpianMu Bersama Nadiafarahida Dan Wall Makeover By Na

Assalamualaikum..

Memang teruja bila blog nadiafarahida sedang mencari 3 buah rumah untuk di makeover secara percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Wall makeover by Na. Macam tak percaya  kerana ada juga insan yang baik hati ini sanggup menawarkan hadiah yang agak lumayan ini. Tawaran mereka menyebabkan ramai pengikut  nadiafarahida & Wall makeover by Na mula berangan-angan agar impian mereka menjadi kenyataan. Tidak terkecuali jugalah dengan iera yang sudah mula berangan kerana memang impian iera untuk menghiasi bilik anak perempuan kesayanganku  dengan warna kesukaannya. Tak salah rasanya jika kita berangan-angan dulu walaupun tidak semestinya menjadi milik kita. Sekurang-kurangnya kita perlu berusaha mendapatkannya.

Jom kita tengok syarat-syaratnya dulu...




 1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na kat sini - Done

2. Like facebook fanpage Nadiafarihida kat sini - Done

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall Make Over by Na yang korang berkenan untuk dimake over ........ - Done




Inilah pilihan yang dibuat oleh Affaf....


  
 
" Saya nak  www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."


Iera hanya ada  satu sebab je iaitu ingin merealisasikan impian seorang ummi untuk menghiasi bilik anak perempuan kesayangan  ummi, Affaf  yang berumur 5 tahun yang terlalu taksud dengan warna kesukaannya iaitu warna merah jambu (pink) termasuklah umminya juga. Memang impian iera dari dulu lagi, bila kami sudah mampu mempunyai rumah sendiri, iera ingin menghiasi bilik anak perempuan iera dengan warna kesukaannya.

Sebelum ini kami tinggal di kuarters menyebabkan iera tak mampu merealisasikannya kerana tidak dibenarkan. Setelah bertahun lamanya menetap di kuala lumpur, akhirnya kami mampu memiliki sebuah rumah itupun agak tercorot dari bandar kerana tidak mampu mempunyai rumah di tengah-tengah kota ini. Tanyalah kepada sesiapa pun, bila menpunyai rumah sendiri tentu kita mempunyai impian, begitu juga iera. Salah satu impian iera  semestinya iera ingin menghiasi bilik anak perempuan iera kerana kami berdua mempunyai citarasa yang sama. Dah siap-siap pesan kat husband, iera nak husband cat bilik affaf warna pink tapi buat corak striped feature wall (tapi dia macam tak yakin je dapat buat )  



Kalau nak tahu, Affaf tersangatlah suka dengan warna pink, semua benda yang dimilikinya semuanya warna pink. Semua benda yang dia mahu, mesti warna pink yang dipilihnya sampaikan dia sibuk dok tanya kenapa baju sekolahnya tak boleh warna pink!  Mungkin dari kecil lagi, iera asyik beli apa-apa pakaian @ barang untuknya mesti warna itu sampai husband bising macam tak de warna lain lagi ke? Sebelum ini, iera ada 3 orang hero jadi tak ada peluang nak beli warna pink. Ini kira balas dendamlah sebab dah lama kempunan nak beli warna pink.



Sewaktu kami berbincang nak tetapkan warna dinding untuk rumah baru, Affaf sibuk mencelah juga. Katanya, Affaf nak bilik warna pink . Affaf nak katil pink, alamari pink & lampu pink juga. Nanti ummi belikan ye....(Affaf sayang, kalau tak cakap pun tak pe, memang ummi akan buat dan menghiasi bilik affaf dengan warna kesukaan affaf nanti ummi boleh tumpang sekaki juga... ).


Jika rumah kami terpilih oleh Nadia untuk dimakeover oleh Wall Makeover by Na,mungkin affaflah orang yang paling gembira dan ibu mana yang tak mahu anaknya gembira (tak dapat iera bayangkan kegembiraannya) . Jika tiada rezeki, kami tetap akan mengunjungi Wall Makeover By Na kerana iera sudah jatuh cinta dengan design-design di situ.dan tetap akan menghiasi bilik anak perempuan iera dengan warna kesukaannya. 


Terima kasih kepada Nadia & Wall Makeover By Na mengajurkan giveaway ini yang mana mampu merealisasikan impian seseorang dan Good Luck kepada semua.

'Kakak Nadia, nanti pilih rumah affaf ye'.......


 Photobucket

Mutiara Kata IV

Photobucket

Puding Karamel Yang Sedap

Salam kembali...

Petang-petang ni kalau terpandang mesti terliur dibuatnya kan? tak payah cakap orang lain, iera tengok pun terliur juga tapi minta maaf banyak-banyaklah ye, dah habis pun semalam. Baru hari ni berkesempatan nak kongsi kat sini. Puding ni teramatlah sedap bagi iera. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini. Minta izin CNP resepi kat sini ye...


Puding Karamel
Oleh : Azie Kitchen
Untuk 20 bekas

1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tidak suka manis) – iera kurangkan
1 tin susu cair
1 tin air
5-6 telur – buang mata - 6 biji gred b
Esen Vanila
1 ½ cawan gula pasir
3 cawan air

Cara-caranya:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik



Photobucket

17 July 2013

Telekung Baru Buat Affaf



Assalamualaikum...
Telekung ni iera tempah khas dari blogrimbun. Terima kasih kepada puan mila kerana dapat siapkan telekung yang iera tempah seperti yang dijanjikan. Jadi bolehlah affaf pakai untuk gi solat terawih nanti, maklumlah telekung yang lama tu dah agak sikat.

Kepada sesiapa yang ingin menempah telekung untuk anak-anak perempaun, jangan lupa singgah kat blogrimbun, memang cantik  dan kemas jahitannya. Saiz mukanya memang ikut ukuran dan tak perlu pakai anak tudung. Apa yang best, kita diberi pilihan untuk jenis & design kain yang kita suka...




Photobucket

12 July 2013

Teratak Cassia : Cat Atau Wallpaper?

 Salam Kembali...

 Dah lama tak kongsi cerita pasal teratak cassia, maklumlah agak slow sikit progressnya. Perancangan sebenar nak siapkan table top & tile untuk porch dulu tapi bila tengok defect yang agak teruk di bahagian porch memang sakit hati rasanya. Agak teruk juga tanah mendap di kawasan tu. Dia orang cadangkan, kalau nak buat apa2 renovation elok buat tahun depan. Takut kalau dah buat akan ada crack nanti. Bila iera tengok rumah orang lain cantik2 je renovation, mestilah semangat iera ni berkobar2 tapi bila memikirkan pasal defect tu, risau juga.

Sementara tak buat apa-apa kat teratak tu, iera lebih banyak berangan dari realiti...hehehee. Samada nak pasang wallpaper atau cat je kat dinding tu. Kalau diikutkan budget awal tu, kita orang nak cat je tapi kalau ikutkan hati teringin nak pasang wallpaper tapi manalah mampu...

katalog cat

 Korea wallpaper - cuci mata je ni


Lamex
 Baru-baru ini iera jumpa satu company yang cat dinding sebiji macam wallpaper. Macam tak percaya pulak. Kalau tak percaya boleh jenguk kat FB ini. Setiap hari cuci mata kat sini.... tak sabar rasanya nak ajak hubby pergi ke kedainya kat gombak, dekat je dengan rumah iera..



Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™