Bulan puasa ni, iera memang malas nak keluar jalan-jalan waktu rehat. Lagipun masa rehat hanya setengah jam je, nak jalan2 kat jalan TAR pun memang tak sempat. Kalau pergi jalan TAR, semua benda ada cuma kena rajin jalan je. Hajat di hati nak cari tudung untuk Affaf tapi masa terlalu singkat sangat, so trylah cari kat FB pulak. Manalah tahu kot2 ada yang berkenan & sesuai untuk Affaf. Takkan asyik beli tudung ummi ke kat FB...hehehehe
Masa dok cari2 terjumpalah FB Pretty Princess Zara yang jual tudung & baju untuk kanak-kanak. Bila tengok model2 kat situ pakai, macam cantik je tudungnya dan feedback daripada customer pun semuanya cakap puashati. So apa lagi, iera pun order jelah.
Siap dapat gift lagi... sticker & sampul duit (cantik sgt...TQ)
Bila ambil affaf dari taski semalam, iera pun tunjuklah kat dia masa dalam kereta. Apa lagi, memang tak sabarlah memakainya. Lebih2 lagi ada warna pink. Waktu ni dalam perjalanan nak gi rumah maknya, sajalah ni nak tunjuk kat maknya....nak cakap kat mak ada tudung barulah tu
Pagi ni nak pergi sekolah pun nak pakai tudung baru lagi tapi tak bolehlah letak riben ye nanti apa pula cikgu taski cakap.... pakai tudung raya pulak.
1 comment:
comelnye ...cantik tudung tu
Post a Comment