Sana sini semua dok kata cucur udang dari Blog delimazamrud ranggup dan sedap. Kalau dah ramai yang memuji, mestilah kena mencubanya. Lagipun penyediaannya sangat mudah, yang penting kena ada udang kertas. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi dan Mas Duniaku kerana sudi kongsi resepi yang ranggup ini. Minta izin CNP resepi kat sini ye..
Cucur Udang Rangup2
Resepi : Delima Zamrud
sumber : Mas Duniaku
Bahan :
*1/2 kg udang kertas yg kecik halus2 tu - bersihkan buang kepala n janggut nyer
*2 biji bawang besar - mayang
*1 genggam taugeh - kalau nk letak byk pun boleh
*1 cekak daun kucai - di potong panjang2
*1 biji putih telur
*1 sudu besar minyak masak
*1 sudu kecil cuka
*1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
*3 - 4 senduk tepung gandum - mengikut keperluan
*Secubit serbuk kunyit - untuk warna
*Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam bekas dan gaul sebati sampai tepung menyaluti semua bahan2 .
Bila semua bahan dah bersalut dengan tepung masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sampai adunan menjadi likat je seperti dalam gambar DISINI, jangan terlalu cair kalau cair tambah tepung tau. Rasa garam kalau xcukup tambah dan baru lah digoreng.
Panaskan minyak (menggunakan api yg perlahan dan kecil saja tau), Guna senduk dan letak adunan ditepi kuali dan lenyek2 kan supaya dia nipis seperti dalam gambar.
Bila adunan dah agak garing dia akan senang nk dipisahkan dari kuali seperti dalam gambar biarkan betul2 garing baru korang terbalikkan k. Ini untuk mendapatkan cucur udang yg garing dan rangup.
Bila dah garing baru korang terbalikkan dan masak sampai sebelah tu garing juga seperti dalam gambar, bila dah cukup garing angkat dan toskan siap tuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment