IKLAN

22 December 2014

Kek Butter Yang Sangat Sedap!!

Assalamualaikum... 

Iera adalah peminat kek!! bagilah kek apa pun memang suka makan kecualilah kalau tak sedap. Kalau pergi kursus kat hotel & ada dihidangkan kek, memang tak pernah ketinggalan merasainya. Biasanya hotel 5 star @ 4 star jer selalunya hidang kek sedap-sedap tapi pergi hotel 3 star ke bawah, kek biasa jerlah dihidangnya. Paling tidak pun dia orang hidang kek butter jer itupun kalau sedap. Kita ni manalah nak gi kursus kat hotel 5 bintang, kalau ada pun memang bertuahlah kita ni..hihihi 



Kali ni iera buat kek butter yang tersangat sedap ini dari Blog Kak AzieIni kali kedua iera buat kek ni tapi dulu guna buttercup jer kali ini guna butter jenama Anchor pulak. Memang beza rasanya!! Sebelum ni iera memang tak pernah beli butter jenama ni sebab harganya mahal sikit jika dibandingkan dengan buttercup. Mulut ni terasa ingin merasa kek menggunakan butter mahal pulak. Memang berbaloi!!!


Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen 


Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.




Iklan Jap!!!

HIJAB FOR YOUR PRINCESS


Black Series Purple
Saiz Baby
0-24 bulan
RM30/pcs
Pos RM6(sm) RM9(ss)

Untuk pertanyaan
whatsapp 0122892808
page : Ameerah Affaf



Photobucket

21 December 2014

GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum..



Tarikh tamat: 30 January 2015

Photobucket

Mood Meroti Di Hari Minggu...


  Assalamualaikum..

Biar gambar jer berbicara......













Photobucket

11 December 2014

Makan Malam Jalinan Kasih Puspanita

Assalamualaikum..

Malam tadi iera berpeluang menyertai makan malam anjuran JPM. Sepanjang terlibat dengan puspanita, memang tak pernah join mana-mana event @ aktiviti dia orang. Kebanyakkan aktiviti yang diajurkan semuanya terletak di Putrajaya. Oleh kerana makan malam ni diadakan di KL, itu sebab kita berpeluang sertai sekali. KAlau tak memang tak merasalah event macam ni...




Menu yang agak simple.


Tak sempat nak ambil gambar Shafinaz.. laju sangat jalannya.  Lepas persembahan, orang ramai pergi serbu bergambar tapi iera tak gi pun.. malulah...



 Nombor yang tak bertuah..huhuhu


  
Photobucket

10 December 2014

Makan Malam Mewah di Chakri Palace PAvilion KL... Terima Kasih Anjung Seri


Assalamualaikum...

Walaupun Pavilion KL tu dekat je tapi memang iera tak pernah gi sana. Lebih-lebih lagi Pavilion tu dekat kawasan Bukit Bintang. Lagilah iera tak berapa suka kat situ alasannya kawasan jem! Jika tidak kerana vouhcer makan malam ni, memang tak merasalah gi Pavilion.


Memang teruja dapat voucher makan malam dari MAjalah Anjung Seri.  Makan malam 2 orang kat Chakri Palace. Tak pernah dengar kita restoran ni. Dalam kepala dok terfikir mesti makanan kat sini mahal sebab dok kat Pavilion lagi.Terfikir juga nak pergi ke tak nak sebab voucher ni untuk dua orang jer sedangkan kami berenam. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak semata-mata nak pergi makan malam. En suami call restoran ni untuk bertanya boleh ke bawa anak-anak sekali. Dia orang cakap boleh jer mungkin tambah nasi & minuman . Sebab lauk yang dihidangkan mungkin tak habis makan untuk dua orang.


Iera cuma order extra nasi & minuman jer untuk anak-anak. En Suami bagi pilihan boleh order minuman yang disukai. Si isteri pejam mata jer bila tengok harga minuman kat sini. huhuhu.....
  

Macam ni dia orang cakap hidangan untuk dua orang?? banyak weh..... Sampaikan kami makan berenam pun tak habis. Jenuh En suami  & anak-anak nak habiskan lauk pauk ni. Apa pun makanan kat sini memang sedap. Lebih-lebih lagi masakan thai....


Photobucket

09 December 2014

CTS 1 Million Pageviews Giveaway

Assalamualaikum..



Klik Banner Untuk Join


Jom semua kita memeriahkan  giveaway  blog chequesuechekgu!!! 


Photobucket

Kueh Bakar Chef Hanieliza's

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua...

Malam tadi dok belek-belek buku masakan Chef Hanieliza sambil menonton drama korea di tv9, terfikir-fikir nak makan kuih apa breakfast pagi esok. Nak meroti malam-malam  rasa malas pulak.  Cubalah tengok kot-kot ada resepi yang mudah nak disediakan yang tidak memerlukan bahan yang banyak dan yang penting stok bahan memang dah tersedia kat dapur.



Terpandang resepi kuih bakar kat buku tu. Terus terlintas nak buat sebab tengok bahan-bahan mudah jer. Tidak perlu keluarkan mixer atau blender cuma gaul jer. Jadi, pagi ni kita orang layan kuih bakar jerlah...

 KUEH BAKAR

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (2 kotak santan)
3 cawan jus pandan [ 10 helai daun pandan blend] (air+pes pandan)
1 cawan gula pasir 
4 biji telur B
3 s/b majerin
1 s/k garam
1/2 s/k pewarna hijau (tak letak)
Bijan goreng tanpa minyak (bijan hitam)

Cara 
1. Panaskan oven 180'C selama 15 minit. Gunakan api atas dan bawah.
2. Gaulkan semua bahan supaya sebati. Tapiskan. ~ [kakliza gunakan blender ]
3. Tuangkan dalam loyang 8 x 8 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar selama 1 jam tapi setelah 30 minit taburkan bijan dan teruskan bakar lagi.
5. Sejukkan dan potong. Hidangkan


Photobucket

08 December 2014

Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com

Assalamualaikum...

Kali ini nak join Giveaway dari blog mystorymory.  Jom pakat ramai-ramai join sebab banyak hadiah yang ditawarkan.


Klik Banner untuk join

Ada banyak hadiah-hadiah menarik untuk anda menangi :
Wang tunai RM50 x 1 pemenang
Wang tunai RM20 x 1 pemenang
SuperRich Puteri Vanilla x 1 pemenang
SlymRich BlueBerry Diet Fiber x 1 pemenang
Owl x 1 pemenang
Elegant Tumbler Fuschia Kiss Tupperware 250 ml x 2 pemenang
Scar Solution Body Bar (1 set) x 10 pemenang
Lulur Mandi Sumber Ayu Whitening Bunga x 1 pemenang
1 set of Balinese Body Scrub, Body Lotion & Starter Bubbly Foot Soak  x 2 pemenang
Tambah nilai kredit RM10 x 2 pemenang
Wang tunai RM10 x 2 pemenang
1 pek Reevo Chocolate Malt (15 sachet) x 2 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Maqluba) x 1 pemenang
1 pek Nasi Arab al-Bayt (Mandy) x 1 pemenang
Charmantshawl (green petronas) x 1 pemenang
Charmantshawl (yellow mustard) x 1 pemenang
1 set sabun dobi x 1 pemenang
4 pcs seduk (A,B,C,D) x 4 pemenang


Photobucket

07 December 2014

Apam Yogurt Yang Tersenyum Sipu!!

Assalamualaikum....

Cantik jer apam ni mengembang!! anak-anak bising bertanya kenapa rupa apam ni macam ni? selalu buat apam comel jer. Macam apam pokadot tu... kali ni merekah pulak. Tak kisahlah merekah atau tak, janji sedap


Resepi apam ni iera ambil dari Dapur Masam Manis. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi kongsi resepi apam yang sedap ini. Minta inzin CNP resepi kat sini ye..Terima kasih


APAM YOGURT
by :  Rima
Sumber : Izah 
CNP : Kak Azlita

BAhan Bahan

2 cawan gula castor *kurangkan ( iera letak 1/2 cawan)
1 sdt ovallete
2 cawan tepung gandum
1 cawan yogurt asli
2 biji telur
1/2 sdt double action baking powder
1 sdt serbuk koko  - tak letak
1 sdt pes coklat  - iera letak paste pandan


Cara-Cara


Campur semua bahan di atas dalam mixer.
Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
Sejukkan &; simpan dalam bekas tertutup.
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh  jem atau filling dan pewarna kesukaan

*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.



Photobucket

04 December 2014

Beli Majalah Percuma Kalender 2015!!!

Salam Petang Buat Semua...

Dah lama tak beli majalah ni. Selalu baca kawan punya jer. Dulu masa muda-muda dulu tak pernah ketinggalan beli majalah ni. Tapi majalah ni dah tak macam dulu-dulu. Terlalu banyak iklan dari infomasi. Tapi iera paling minat bahagian Cerpen jer.Kali ni beli pun semata-mata nak dapatkan kalender tahun 2015 jer. 




Ingatkan kalender keluaran karangkraf rupanya F&N. 

Bagus juga.. siap ada 12 jenis resepi lagi. Iera suka!!!
 Majalah Anjung Seri yang tidak pernah ketinggalan keluarannya setiap bulan. Iera takkan berhenti majalah ni selagi belum pindah ...hahaha

Photobucket

Kek Minyak Versi Pokadot Tersangatlah sedap!!!

Assalamualaikum dan Selamat Pagi buat semua..

Antara kek yang sangat sedap dan mudah disediakan. Memang banyak kali dah buat tetapi akhirnya anak-anak dah jemu. Cuma umminya jer belu jemu lagi. Resepi kek minyak ni boleh buat dua versi samada suka bakar atau kukus. Boleh tengok SINI untuk versi bakar.Bagi iera, iera lebih suka bakar dari kukus


Tetapi jika nak buat versi pokadot ni, takleh nak bakar ye nanti tak nampak pokadotnya. Sekali tengok dah macam apam pokadot  cuma tak de inti jer tapi rasanya tetap macam kek minyak. Satu adunan dapat banyak biji juga, lebih kurang 100++ biji. Selalunya separuh tu iera bagi jiran sebab tak habis nak makan semua. Lagipun versi kukus ni tak berapa sedap simpan lama-lama. Paling lama pun dua hari jer...


Setakat ni adalah iera menerima beberapa kali tempahan kek minyak ni. Selalunya iera hanya terima order untuk versi ni jer. Tak berapa yakin nak terima dalam bentuk sebiji. Bukan apa, takut tak jadi. Maklumlah tak de kemahiran. Setakat nak makan sendiri bolehlah. Lagipun kalau buat versi ni budak-budak suka, kalau hidang kejap jer licin. 



RESEPI KEK MINYAK 
Original MyResipi 

Sumber : LiNa PgIzah

CNP       : Kak Yatie


Bahan-bahan ( 8x8inci)

5 biji telur gred A
 1/2 cawan gula halus / gula kastor
 2 cawan tepung gandum*
 1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
 1 cawan minyak masak
·                     perasa dan pewarna kegemaran
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara 

1. Panaskan oven suhu 170'C
2.  Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3.  Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7. Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
8.Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9.  Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan




 Photobucket

03 December 2014

Mula Berniaga Secara Kecil-Kecilan

Assalamualaikum..

Sebelum ini nak mencari tudung untuk my princess Affaf  susah sangat. Selalu juga pergi cuci-cuci mata kat Jalan TAR yang dibanjiri berbagai-bagai jenis fesyen tudung. Tapi untuk mencari yang benar-benar berkenan di hati memang susah. Ada juga pernah beli tetapi bila dipakai  tak selesa katanya. Iera tengok pun macam tak puas hati..

Akhirnya pencarian tudung untuk my princess Affaf berakhir juga iaitu hijab keluaran Pretty Princess Zara. Iera pernah cerita kat SINI dulu. Memang selesa & senang di jaga. Lagi pun nak pakai pun senang. Tak perlu pertolongan umminya pun untuk memakainya. 

Oleh kerana my princess suka sangat tudung ni, iera mula berjinak-jinak untuk bisnes ini. Itu pun hanya buat dropship jer. Walaupun komisen dropship tak banyak tetapi seronok sangat bisnes ni. Alhamdulillah, sambutan amat baik sekali.  Tapi itu lah, kalau buat dropship memang tak puas hati sebab stok tak ada kat tangan. Bila customer bertanya stok tudung, mesti lewat reply sebab kena tunggu reply dari tuan punya butik dulu. 

BAgi iera, maklumbalas yang cepat adalah penting kerana kebiasanya customer ingin mengetahuinya segera. Kalau lewat sangat kita reply, customer menganggap kita tidak serius. Lagipun iera pun selalu shopping online dan ada perasaan sebegitu. Oleh kerana sambutannya baik dan amat menyeronokkan, iera mula memberanikan diri untuk mengeluarkan modal untuk membeli secara borong. Sekarang puas hati kerana bila customer tanya pasal stok, cepat jer kita reply...





Comel Kan!!!!

Jika berminat bolehlah whatsapp atau pm untuk bertanyakan warna & saiz yang ada

Whatsapp 0122892808

PM Facebook : Ameerah Affaf


Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™