IKLAN

16 April 2014

Donut Lembut Yang Sedap!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Cuaca pagi ni sejuk jer, terasa malasnya nak gi kerja. Boleh dikatakan setiap petang kat sini hujan je sampai ke malam. Apa pun Alhamdulillah.... moga-moga catuan air di sekitar Lembah Klang akan berakhir. Kesian pulak kepada kawasan yang terlibat. Walaupun kawasan iera terlibat juga namun setakat ni, air masih belum terputus lagi. 

Pagi ni anak-anak breakfast dengan donut yang iera buat minggu lalu. Buat banyak-banyak dan boleh buat frozen. Resepi yang teramat mudah iera jumpa setakat ini kerana dohnya tak perlu perap. Sejak BM iera rosak, memang dah lama tak buat resepi2 yang memerlukan uli-uli ni. Nak uli dengan tangan memang tak de kudrat yang kuat, lebih-lebih lagi takut tak menjadi. Tunggulah bila budget dah mencukupi teringin nak beli mixer yang besar. Sekarang ni guna mixer kecil tu jer, lenguh tangan nak pegang lama-lama.



Gebu kan!!! Resepi ni iera skodeng dari dapur Kak Yatie. Iera memang suka singgah kat dapurnya sebab berbagai resepi yang dikongsinya. Resepi ni pun dah banyak kali Kak Yatie buat. Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni.... 

Donut Lembut

Resepi : Hasue
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) 
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




 Rupa yang tak berapa nak comel!!!

Photobucket

11 comments:

cik atie said...

rajinnya iera memasak.. hihi.. gebus plak nampak donutnya tu...

Ilyani said...

pandai lh iera msk...sy ni serius x reti buat mnde2 cmni,...huhu

Bbwana adienia said...

salam..

cantik dan gebu donut tu..sedap buat breakfast ni..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Iera..mmg nampak gebus donut2 tu..betul tu klu buat frozen mmg memudahkn kita :)

Aty_Fared said...

yis dah beli lama dah..tapi sampai sekarang tak terbuat2 lagi..asben dah perli2 dah...huhu...

Aty_Fared said...

yis dah beli lama dah..tapi sampai sekarang tak terbuat2 lagi..asben dah perli2 dah...huhu...

Aty_Fared said...

yis dah beli lama dah..tapi sampai sekarang tak terbuat2 lagi..asben dah perli2 dah...huhu...

jaja_NorLiza said...

terbaeek! bleh buat tuk anak ni..anak saya penggemar donut!

Siti Fatimah said...

ok sya print resipi ni. memang fail kalau nak buat kuih. tetambah la donut ni kan. nak try. nak letak toping coklat...

TeacherAzimah said...

Rajin iera buat donut sendiri. Kita rajin membeli jer huhuhu

adianiez AIDA said...

wow! donut. anak dara aid kalau nampak donut tradisional gini memang la diorang nak. aida baru je nak beli mixer. jari jemari tak kuat nak menguli :-(

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™