IKLAN

17 April 2014

Cekodok Pisang Coklat Chip

 Assalamualaikum...

Menu yang agak simple pagi ni. Bolehlah untuk anak-anak breakfast sebelum pergi sekolah. Masih menggunakan resepi kat SINI. Cuma kali ni iera tambah coklat chip jer.



 BAHAN-BAHANNYA :-) 
8 biji pisang emas 
3/4 camca teh soda bicarbonat
 1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
 1 cawan tepung gandum 
 1/4 camca teh garam halus 
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-) 

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Photobucket

5 comments:

NzA said...

sedap ni...mesti ank2 suka mkn sbb ada coklat chip.

mama sara nur said...

Assalam
Cekodok sedapnya
Memang laku kalu cekodok ni he hee
Kreatif awak letak coklat chip tu, rasa coklat blh tarik minat ank2 kan

tun_telani said...

Salam kak iera.. all time feveret cekodok pisang nih.. mmg xpenah jemu makan..

maz said...

Assalamualaikum...salam ukhwah dan knjung balas dri Bahrain...mksih ye sdi singgah dpur kcik kita yg xsbrapa tu...kita pun suka ckdok pisang ni...cpat dan sedapp utk bkpes tuu..

adianiez AIDA said...

sungguh kretif. anak2 dara aida pagi2 asyik nak roti. so aida byk bekalkan diorang dgn roti yg dipelbagaikan :-) sampai kering idea!!!

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™