IKLAN

15 April 2014

Kuih Belimbing

Assalamualaikum..

Kuih Belimbing ni dah lama iera buat. Rasanya lebih kurang sama dengan cream puff cuma ianya menggunakan kaedah goreng. Iera cuba satu adunan jer dulu, kalau ada sambutan boleh buat lagi. Memang sedap makan waktu panas-panas. Satu adunan kejap jer licin.  Terima kasih kepada penyumbang resepi....



KUIH BELIMBING

sumber : Hana Memories

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!


*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.




Photobucket

6 comments:

Falsya said...

Comel kuih..insyaAllah kalau ade mase boleh try nieh..;)

Bbwana adienia said...

salam kenalan..

saya singgah sini dan follow awak..sya juga suka 'baking' macam awak..jemput singgah dan follow di http://www,dapurjirankuberasap.blogspot.com..tq
p/s:menarik kuih belimbing tu..

Aty_Fared said...

macam senang jer..ni kalau buat mesti anak saya suka nih.. :)

Aty_Fared said...

macam senang jer..ni kalau buat mesti anak saya suka nih.. :)

cik atie said...

salam iera.. Ade acuan khas ea untuk buat bentuk macam belimbing tu?

Siti Fatimah said...

done follow...

mcm best je kuih ni. pestime tengok.

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™