IKLAN

20 April 2014

Aneka Resepi Cornflakes

 Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua..

Mungkin sekarang ni masing-masing sibuk menyediakan menu tengahari ataupun sudah siap sedia untuk keluar makan tengahari. Hari ini nak share resepi cornflakes yang iera buat tempoh hari. Ini semua gara-gara mak affaf bawa datang tiga bungkus cornflakes dan minta tolong buat cornflakes madu. Tiga bungkus banyak weh.... tapi iera ni lemah sikit bab orang minta tolong. Lebih-lebih lagi kalau mak affaf minta tolong sebab apa iera pun selalu minta tolong darinya. Apa pun iera takkan menghampakannya cuma tak janji bila boleh siap. Ini adalah antara resepi yang sentiasa iera buat setiap kali tiba musim perayaan. Rasanya tahun ni tak mahu buat resepi cornflakes lagi dah sebab anal-anak cakap asyik buat cornflakes jer. Pada hal dia orang tak tahu umminya hanya nak buat benda senang jer..huhuhu



CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS
Sumber : Hanieliza's Cooking

Bahan A
150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips - tak letak
100 gm badam cincang panggang
Hiasan paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
(resipi asal dr LG..thnx ye)
sumber: inahar's cooking time

Bahan2:
·                     220gm Cornflakes
·                     125gm Choc Chips
·                     150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
·                     3 Biji Putih Telur
·                     1-2 Sth Vanilla Esen
·                     60gm Almond Sliced
·                      
Cara-cara:
1.            Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
2.            Masukkan gula sikit2 hingga habis
3.            Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
4.            Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
5.            Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)


Cornflake Madu Pedas Rangup
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

 bahan-bahan :
 1 bungkus cornflake
 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
     - iera ganti dengan badam panggang
 6 biji bawang merah (ditumbuk)
 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
 madu secukupnya
 sedikit garam 100 g mentega +/-

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.

Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.

 Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!


Photobucket

5 comments:

Bbwana adienia said...

salam iera..

sya selalu buat juga biskut cornflakes bila raya..hehe..

tun_telani said...

Salam kak iera.. ingatkan dh start kumpul resepi biskut raya.. hehe... biskut cornflakes madu tu mmg kuih wajib raya, tp tun jarang budh at sbb tau kakak or adik tun akan buatkan.

hazila said...

Sedap biskut ni, kalau dah start mengunyah payah nak berhenti.

Mila@Rimbun said...

time raya jer jumpa biskut nih... suka buat ramai2 ngan adik2 bila dah dekat nk raya...

HomeKreation said...

Aslmkm Iera. Macam nak raya dah ni....hehe

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™